ABAS Ganti 10 Budak Hitam?
Ia adalah suatu kemenangan tipis yang mengejutkan pelbagai pihak jika dibandingkan dengan keputusan PRU ke-12 pada tahun 2008 sebelum ini, Umno-BN Terengganu telah menguasai 24 kerusi Dun dan PAS hanyalah memenangi lapan kerusi Dun sahaja.
Perkembangan politik mutakhir menjadikan suasana politik negeri Terengganu kembali āpanasā sebaik tamat kempen PRU ke-13, terutama dalam kes pelantikan Menteri Besar (MB) negeri Terengganu yang baru.
Senario politik pasca PRU ke-13 hampir-hampir menyamai situasi selepas PRU ke-12Ā apabila terdapat bantahan terhadap pelantikan semula Adun Kijal Datoā Seri Ahmad Said sebagai MB.
Pada pagi sebelum Majlis Angkat Sumpah MB berlangsung di Istana Maziah, beberapa lokasi di sekitar bandaraya Kuala Terengganu telah dinaikkan pelbagai kain rentang yang melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap pelantikan Ahmad Said.
Antara tulisan protes yang dipaparkan pada kain-kain rentang tersebut adalah āKami Serik Doh Mat Saidā¦5 Tahun Jadi MBā, āApa Ertinya MB Setahun Sahaja Duhai Najibā, āDaulat Tuanku, Kami Tak Mahu Mat Said Jadi MBā, āMat Said Jadi MB Hilang Balok Terengganuā āMat Said Jadi-jadilah Jadi MB, Orang Mude Tak Mahuā.
Menurut sumber dalaman, suara-suara protes tersebut , bukan dicetuskan oleh pihak pembangkang tetapi dari akar umbi dan kepimpinan Umno yang tidak sehaluan dengan Ahmad Said.
Slogan āAsal Bukan Ahmad Saidā (ABAS) sudah kedengaran di kalangan ahli dan pemimpin pertengahan Umno sejak sebelum proses pemilihan calon-calon BN yang akan bertanding pada PRU ke-13 lalu.
Justeru itu, sebaik waktu penamaan calon PRU-13 pada 20 April lalu tamat, terdapat calon-calon bebas yang bertanding kerana menentang keputusan pemilihan calon yang dibuat oleh kepimpinan Umno.
Cuma yang berbeza, protes pasca PRU ke-13 tidak selantang protes pasca PRU ke-12 yang dapat disaksikan di seluruh negara, klimaks bantahan kumpulan ā10 budak hitamā sehingga mencetuskan kontroversi apabila mereka memaparkan luahan hati diatas kain rentang yang bertulis āKami Nak Idris Natangā.
Ia adalah kerana ākelicikanā politik Ahmad Said yang berjaya mencatas majoriti ahli kumpulan ā10 budak hitamā, yang dianggap sebagai ādalangā kumpulan anti Ahmad Said itu.
Antara mereka yangĀ disebut sebagai ābudak hitamā telah digugurkan daripada menjadi calon BN PRU ke-13 adalah, bekas Adun Ajil Datoā Rosol Wahid, bekas Adun Jabi Ramlan Ali, bekas Adun Paka Zakaria @ Ariffin Abdullah, bekas Adun Kuala Berang Zawawi Ismail, bekas Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan bekas Adun Bukit Besi Datoā Din Adam
Sementara itu, dua orang di kalangan ābudak hitamā yang melepasi halangan pencalonan dan bertanding dalan PRU-13 tetapi telah tewas kepas calon PAS, iaitu bekas Adun Tepoh, Ramli Nuh yang tewas kepada ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan bekas Adun Alor Limbat Alias Abdullah yang kecundang di tangan Ariffin Deraman.
Hanya dua dari ābudak hitamā yang terselamat dan menang dalam PRU ke-13, seorang di sebelah utara dan kini menjadi Adun Jerteh Mohamad Pehimi Bin Yusof danĀ seorang di selatan yang kini menjadi Adun Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.