Ilmu, Kebajikan dan Ekonomi Menjadi Tumpuan Ustaz Ridzuan Hashim
Menurutnya, beliau akan memberikan penekanan kepada aspek kebajikan rakyat Dun Teluk Pasu kerana katanya beliau melihat masih ada banyak ruang kekurangan dan kecacatan dari sudut kecaknaan.
“Jadi Insyallah diantara agenda yang akan kita berikan penekanan yang pertama dari sudut kebajikan rakyat Dun Teluk Pasu sendiri, yang saya lihat masih ada banyak ruang kekurangan dan kecacatan,
“dari sudut kecaknaan daN mengambil perhatian yang serius terhadap kebajikan rakyat khususnya diantara fakir miskin,”ujarnya.
Beliau juga meletakkan iltizam untuk memberikan memberikan pendidikan khususnya pendidikan Islam kepada seluruh lapisan masyarakat, memandangkan fahaman kebendaan yang wujud di kalangan masyarakat menjadikan mereka alpa kepada akhirat.
“kita akan melihat ruang-ruang yang ada untuk memberikan memberikan pendidikan kepada seluruh lapisan masyarakat samaada di peringkat orang muda mahupun yang sudah tua.
“Supaya kita ini tidaklah hanya bergantung kepada kekuatan ataupun kita kata dari sudut keduniaan semata-mata tanpa dibekalkan dengan ilmu khusunya tentang kefahaman Islam, kerana saya melihat kesan daripada kefahaman kebendaan ini rata-rata masyarakat kita semacam dah lupa pada ugama mereka, akidah mereka,”jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam temubual wartawan Buletinonline bersama beliau menjelang hari pengundian pilihanraya umum kali ke-13 yang akan diadakan pada 5 Mei depan.[Lihat Video]Disamping itu, katanya, aspek ekonomi adalah amat penting kepada para penduduk Dun Teluk Pasu berikutan tekanana kehidupan akibat kenaikan sara hidup, yang semakin hari semakin meningkat.
“Di antara agenda yang akan kita tumpu dan fokus ialah dari sudut ekonomi khususnya dari sudut ekonomi. Saya mendapat respon dan juga pandangan di kalangan orang muda berkenaan dengan apa agenda dari sudut nak membantu mereka dalam aspek ekonomi kerana tekanan hidup yang semakin meningkat dengan kos sara hidup mereka (yang semakin bertambah),”tambahnya.