NegeriTerengganu

Penduduk Pulau Perhentian Bersama Gelombang Rakyat

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, maklum balas yang diberikan oleh penduduk pulau tersebut sangat baik bahkan mereka meminta supaya program ‘ekspedisi dakwah’ dibuat lebih kerap.

“saya bersama Dewan Pemuda PAS Besut menyantuni masayarakat Pulau Perhentian, kita melaksanakan pelbagai program (termasuk) ziarah rumah ke rumah,  mengunjungi (golongan) fakir miskin dan miskin tegar, mengadakan sembang santai anak muda bersama selebriti Zuar XPDC (dan) mengedarkan risalah,

“InsyaAllah pada PRU kali ini mereka juga turut bersama gelombang (kebangkitan) rakyat yang sedang berlangsung di seluruh negara,”ujarnya.[Lihat Video]Beliau berkara demikian ketika ditemui sekembalinya dari program tersebut di Kuala Besut, dekat sini pada Isnin, 18 Mac.

Menurutnya, terdapat lebih 300 orang pengundi di pulau tersebut yang memerlukan kepada pendedahan kepada isu-isu terkini.

Pada tahun lalu, Ustaz Riduan bersama rombongan Dewan Pemuda Pusat turut mengadakan program ‘ekpedisi’ seumpamanya, dan dapat mengumpulkan beberapa maklumat penting berhubung dengan keperluan penduduk pulau terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️