NegeriTerengganu

Tujuh Tahun Penganjuran Monsun Cup; Hidup Rakyat Pulau Duyong Tidak Berubah

Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Che Dagang berkata, nelayan tetap jadi nelayan yang meneruskan kehidupan ‘kais pagi makan pagi’ dan anak-anak muda yang menganggur tanpa sebarang pekerjaan semakin bertambah.

“tidak ada apa yang berubah dari segi kehidupan rakyat………..tak ada seorang pun orang Pulau Duyong yang jadi jutawan walaupun piala monsun telah berlangsung selama tujuh musim di pulau ini,

“yang jadi nelayan terus hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, bahkan ramai lepasan universiti, pelajar dan anak-anak muda yang tidak ada sebarang pekerjaan,”ujarnya.

Menurutnya, apa yang dijanjikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abddullah Ahmad Badawi dan bekas Menteri Besar Dato’ Seri Jusoh hanya ‘cakap-cakap’ kosong sahaja.

Katanya, rakyat ‘digula-gulakan’ dengan janji manis, kononnya piala monsun yang dianjurkan akan memberikan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi kepada penduduk tempatan.

“Pak Lah dan Deris kata dulu, masa mula-mula nak buat Monsun Cup dulu, kononnya nak beri nelayan kerja………..usahkan masa teduh nelayan masih perlu ke laut, musim tengkujuh pun terpaksa ‘menggadai nyawa’ turun mencari rezeki……….tak ada siapa yang ambil nelayan bekerja,

“yang dapat faedah dari monsun cup ialah orang luar………….orang Kuala Lumpur, bukan orang Terengganu, jauh sekali orang Pulau Duyong,”jelasnya.

Beliau yang berpindah dan bermastautin di Pulau Duyong sejak tahun 1987 berkata, pembangunan Pulau Duyong sebenarnya, bukanlah untuk kepentingan rakyat.

Sebaliknya, kata beliau ia adalah untuk kepetingan politik Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mengaut keuntungan dari perbelanjaan dana ‘wang ehsan’ setelah pembayaran royalti ‘dirompak’ sejak tahun 2000.

…….[ Berita lanjut menyusul]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️