Roboh Rumah Rakyat Miskin; Mana ADUN Umno? Mana Menteri Besar?
Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, pengusiran dan perobohan rumah seorang warga emas anak watan Terengganu di kampung Tuan, chukai semalam, adalah satu bukti yang nyata, Umno-BN umpama āIsraelā ditanah air sendiri.
āMangsa bernama Alias bin Muda 53 tahun, nombor kad pengenalan 590619115091, tinggal tiga beranak dirumah itu, tanpa belas kasihan, rumahnya dirobohkan penguatkuasa,
ābarang-barang peribadi, pakaian, diambil dan di ātohokā di balai raya berhampiran, dibiarkan tanpa pembelaan tanpa jaminan hidup,ātegas Hanafiah.
Menurutnya, apa yang Alias seorang duda, boleh lakukan dengan pendapatan sebagai nelayan lebih kurang RM700 sebulan, terpaksa menyara dua orang anaknya yang sedang bersekolah dalam tigkatan satu dan darjah lima.
Katanya, rumah yang dirobohkan itu pun adalah rumah PPRT dan Alias sendiri menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan.
āIni apa niā¦.. Alias ni orang susah, orang melaratā¦. sebab itu dia tak layak boleh tanahā¦ā¦ADUN-ADUN Umno orang senangā¦..sebab itu mereka boleh tanahā¦ā¦begitu??,
āapa nama kerajaan hari ini?? kalau tak sama dengan Israel yang mengusir dan merobohkan rumah rakyat Palestin dan berikan kepada puak-puak dia yang kaya raya!,āujar Hanafiah yang turut menyaksikan perobohan rumah tersebut pada pagi Ahad 20 Januari.
[Gambar atas ā Aliasā¦ā¦sayu bergambar dihadapan rumahnya yang telah dirobohkan oleh Penguatkuasa semalam. Gambar bawah ā dua orang wanita Umno yang bersimpati keatas nasib malang Alias, turut menyifatkan tindakan tersebut tidak berperikemanusiaan]
Haji Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindaka DUN Chukai berkata beliau dimaklumkan Alias telah merayu kepada pihak berkuasa supaya diberikan tempat tinggal samada secara kekal atau sementara.
Katanya, beliau diberitahu, pihak kontraktor hanya menawarkan untuk membiayai sewa rumah selama tiga bulan dan pihak kerajaan pula tidak mengambil sebarang usaha menyelesaikan masalah tersebut.
ā(perkara ini) bukan baru, sudah berbulan-bulan, tetapi tak diselesaikanā¦ā¦.. mana ADUN? Mana Ketua Bahagian Umno yang juga Menteri Besar?,
āInikah contoh rakyat didahulukanā¦ā¦.??? Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan negeri Terengganuā¦ā¦.semua bohong belaka!!,ājelas Hanafiah.
Oleh itu, beliau akan mengadu kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung perkara tersebut kerana tindakan kerajaan Umno-BN itu disifatkan sebagai pencabulan hak asasi rakyat untuk menjalani sebuah kehidupan dan melanggar perlembagaan negara yang meletakkan hak-jhak istimewa kepada orang Melayu.