MB Ahmad Said DiPelawa Ke PASTI!
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Zaidan Abdullah berkata selaku ketua kerajaan dan juga Pengerusi Perhubungan Umno, Ahmad Said sepatutnya tahu membezakan diantaraprogram kerajaan dan program parti.
âPASTI adalah program parti PAS ia bukan program kerajaan, yang dijanjikan PAS dalam manifesto untuk melupuskan pinjaman PTPTN dan pinjaman Yayasan Terengganu itu adalah program kerajaaan,âjelasnya.
Zaidan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad yang âkononnyaâ mencabar PAS agar melupuskan yuran PASTI terlebih dahulu sebelum berjanji melupuskan pinjaman pelajaran terbabit.
Beliau menempelak ADUN Kijal itu yang bercakap dengan tidak mempunyai maklumat dan fakta yang tepat umpama âorang tak betulâ.
Katanya, tidak ada program PASTI di negeri Terengganu yang mengambil yuran sebanyak RM110 sebagaimana yang disebut oleh Ahmad dalam kenyataanya.
âADUN Kijal itu kena check betul-betul sebelum bercakap, jangan jadi âorang tak betulâ, tidak ada PASTI di seluruh negeri Terengganu yang mengambil yuran sebanyak RM110 sebulan, itu fakta yang salah,âtegasnya.
Justeru, beliau meminta Ahmad Said membetulkan kenyataan tersebut kerana ia hanya akan memalukan status Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Secara sinis, Zaidan berkata, sekiranya Ahmad Said mahu memasuki PASTI, Dewan Pemuda yang bertanggungjawab sanggup memberikan yuran percuma kepada beliau, sekiranya Ahmad mahu.
âDPPNT selaku badan yang diamanahkan menguruskan PASTI sedia menanggung segala kos pembelajaran, yuran, pakaian, pakaian sukan,
âmalah akan memberikan wang saku kepada Mat Said sekiranya beliau berminat mengikuti pengajian di PASTI,âsindir Zaidan
Ahmad Said dilaporkan âmelentingâ ketika ditanya pihak media berhubung kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu mengisytiharkan janji PAS menghadapi pilihanraya umum ke-13.
PAS Terengganu berikrar akan melupuskan hutang pinjaman pelajaran yang diberikan oleh Yayasan Terengganu kepada pelajar dan mahasiswa anak negeri Terengganu sekiranya diberi mandat memerintah negeri Terengganu dan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.
Menurut Haji Wahid, ia akan menjadi manifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) selaras dengan janji Pakatan rakyat yang akan memberikan royalti minyak sebanyak 20% sekiranya menang PRU akan datang
âkita InsyaAllah akan memasukkan janjimelupuskan pinjaman Yayasan Terengganuselaras dengan keputusan Pakatan Rakyat yang berhasrat menghapuskan PTPTN,
âjika kita diberi mandat dengan rakyat memilih PAS di Terengganu dan Pakatan Rakyat menang Putrajaya, wang hasil royalti akan bertambah kepada 20% dan dipulangkan kembali kepada rakyat,âujar Haji Wahid