Umno Setiu juga mahu PGU
Kehadiran puluhan ribu rakyat Terengganu pada setiap program PGU menunjukkan PAS mendapat sokongan dan dokongan dan rakyat yang mahukan perubahan pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.
Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, PGU telah menyebabkan âbarisan hadapanâ Umno Terengganu âkucar-kacirâ.
Beliau berkata walaupun para pemimpin Umno sering menafikannya, namun tindakan ahli Umno di pringkat akar umbi membuktikan perkara tersebut.
âKesan dari PGU bukan sahaja rasa tak puas hati dikalangan ahli-ahli umno (bahagian) Setiu kepada Mat Jidin (Dato Mohd Jidin Shafee) tak dapat di sangkal lagi.
âInilah antara cara umno menolak pemimpin mereka setelah usaha rundingan dan diplomasi tetap tak diendah oleh pucuk pimpinan umno negeri dan bahagian,âujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas paparan kain-kain rentang menyatakan tidak puas hati terhadap Ketua Umno Bahagian Setiu itu dinaikkan di beberapa tempat.
Tinjauan skuad Buletin mendapati, kain-kain rentang bantahan tersebut bukan sahaja dipaparkan kepada khalayak di daerah Setiu, malah ia juga kelihatan di bandaraya Kuala Terengganu.
Wan Sukairi yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata, cara menaikkan kain-kain rentang merupakan amalan Umno peringkat bawahan.
Katanya, perkara yang sama pernah berlaku di bahagian Marang sebelum ini, dimana ahli-ahli Umno Pengakalan Berangan merentangkan kain ketika membantah wakil rakyatnya, Yahya Khatib Ali.
Mengulas lanjut, beliau berpendapat, rasa tidak puas hati kepada Datoâ Mohd Jidin ada rasionalnya.
âRasa tak puas hati kepada Mat Jidin sememangnya ada rasionalnya (apabila) ada dikalangan ahli Umno berkata, âmacamana nak jadi wakil rakyat setiu kalau rumah pun bukan di setiuâ,ujarnya mengulangi ucapan ahli-ahli Umno.
Justeru beliau yakin PGU akan berlaku di Setiu kerana menurutnya ahli-ahli Umno juga mahukan PAS menggantikan Umno.
âKita yakin PGU akan berlaku di Setiu⌠kerana ahli-ahli Umno juga mahukan PGU, mereka menolak pimpinan mereka yang sudah pastinya tidak relevan lagi,âtambahnya.