Home Berita PAS Kelantan

200 pelajar terima bantuan awal persekolahan

46
SHARE

MENGKEBANG, 16 Jan: Seramai 200 pelajar menerima bantuan awal persekolahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Muhamad Mat Sulaiman pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2021/2022 DUN Mengkebang di Dewan Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Pusat Tarbiah Islamiah Kuala Krai, semalam.

Dalam majlis yang sama, Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan kepada para pelajar.

Menurut YB Muhamad, bantuan ini membabitkan pelajar pelbagai kaum untuk membantu meringankan bebanan keluarga pada awal pembukaan sesi persekolahan.

Turut hadir, para Penghulu Mukim DUN Mengkebang dan ibu bapa pelajar.