Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Temerloh kumpul dana usaha hadapi banjir

184
SHARE

Oleh NAZRI ABD HAMID

TEMERLOH, 16 JANUARI – PAS Kawasan Temerloh sedang berusaha mengumpul dana pembangunan fasarana Komplek Tarbiah Darul Ansar untuk menghadapi musibah banjir di sini.

Naib Yang Dipertua (NYDP) PAS Temerloh merangkap Pengerusi Komplek Tarbiah Darul Ansar, Hassan Omar berkata, mereka sedang memperbaiki kemudahan sediaada dan ingin menambah lagi beberapa bahagian sebagai persediaan menghadapi musim banjir yang sering dihadapi setiap tahun.

Mereka memerlukan sebuah dewan terbuka, set generator, telaga tiup yang dianggarkan bernilai RM250 ribu bagi persediaan untuk persiapan hadapi banjir, kata Hassan

Menurutnya, DUN Lanchang itu sering dilanda banjir setiap tahun, namun kali ini antara yang terburuk sejak 1971, sekitar kawasan ditengelami air dan terputus perhubungan jalan darat pada kejadian banjir pada 19 september yang lalu ekoran sungai Semantan yang semakin cetek.

“Komplek Tarbiah Darul Ansar ini menjadi tempat transit dan pusat permindahan sementara kepada mangsa banjir sama ada penduduk setempat dan mangsa yang terperangkap di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Jalan Temerloh ke Kuala Lumpur,” kata beliau semasa menerima sumbangan wang tunai daripada YDP Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff.

Hassan Omar berkata, mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada 20 orang ahli Khidmat Malaysia Nibong Tebal yang hadir membawa sumbangan tunai dan barang keperluan ke Temerloh.

Dalam pada itu, Pengerusi Khidmat Malaysia Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff turut berkongsi rasa syukur dan terima kasih kepada NYDP Temerloh Hassan Omar, diatas layanan diberikan semasa misi kali ini.

Beliau berkata, “Pada kejadian banjir yang lalu, Komplek ini turut menyediakan penginapan dan menyeliakan bilik operasi bagi peserta sukarelawan dari pelbagai negeri dalam mengerakkan misi bantuan kemanusian kepada mangsa banjir,”

“Komplek Tarbiah ini menempatkan PASTI, SRITI, TASTI juga Pondok moden bagi warga ibu tunggal,” ujar Hassan.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun PAS Kawasan Temerloh, Bank Islam 06028010003454 atau hubungi 011-1691 4124.