Home Berita PAS Kelantan

14 Pasukan bola sepak sertai Pertandingan Liga Elit Dun Pengkalan Kubor

169
SHARE

TUMPAT, Jul 3: Sebanyak 14 pasukan bola sepak menyertai Kejohanan Bola Sepak Liga Elit DUN Pengkalan Kubor 2022 yang bermula semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor yang juga Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat menyempurnakan majlis perasmian kejohanan tersebut di Padang Stadium Mini Kok Pinang, semalam.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pemuda DUN Pengkalan Kubor selaku urusetia kejohanan, para penghulu dan pasukan-pasukan yang bertanding kerana telah memberi kerjasama menjayakan program ini.

Pasukan yang johan untuk pertandingan ini akan menerima RM2,000 bersama piala, naib johan RM1,500 dan ketiga RM1,000.
Program ini adalah anjuran Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS) dengan kerjasama Pemuda PAS DUN Pengkalan Kubor.