Home Berita PAS Perlis

Mesyuarat Agung Pemuda PAS Kawasan di Perlis berlangsung serentak

110
SHARE

Oleh AHMAD AZAMUDDIN

KANGAR, 2 Jul: Majlis perasmian mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS bagi tiga kawasan di negeri ini telah diadakan secara serentak bertempat di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Furqan, di sini baru-baru ini.

Ketiga-tiga kawasan berkenaan ialah Padang Besar, Kangar dan juga Arau.

Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Dalam ucapannya, beliau menekankan soal perancangan strategi yang jitu sebagai salah satu usaha ke arah meletakkan PAS ke tahap yang lebih baik.

Jelasnya lagi, para pemuda juga hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT di samping memelihara keikhlasan dalam perjuangan memandangkan cabaran dalam perjuangan pada hari ini amatlah sukar.

Lebih 90 orang perwakilan serta pemerhati hadir pada mesyuarat tersebut yang diadakan secara berasingan sebaik sahaja tamat majlis perasmian.