Home Berita PAS Kelantan

100 pelajar asnaf terima sumbangan kembali ke sekolah

44
SHARE

TUMPAT, 22 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan menyampaikan sumbangan kepada 100 pelajar asnaf dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah Peringkat DUN Kelaboran 2022 di Pusat Khidmat DUN (PKD) Kelaboran, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, setiap penerima menerima sumbangan berbentuk baucer pakaian sekolah bernilai RM100 untuk ditebus di Pasar Sumayyah, Bandar Bentara Tumpat dalam masa seminggu bermula tarikh terima.

Dalam ucapannya, beliau berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan bebanan ibu bapa para pelajar serta dapat menyuntik semangat kepada para pelajar pada sesi baharu persekolahan.