Home Berita PAS Kedah

DPPNK ziarah mangsa ribut Felda Sungai Tiang

85
SHARE

Oleh TASNIM

PENDANG, 27 Mac – Kejadian ribut yang menjejaskan hampir 100 buah rumah penduduk di Felda Sungai Tiang baru-baru ini, dapat perhatian Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Sumbangan wang tunai kepada mangsa ribut disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid.

Tinjauan mendapati kebanyakkan rumah yang terkesan sudah ditutup dengan kain kanvas sementara menunggu pemasangan bumbung oleh Jabatan AMAL Malaysia (JAM) Negeri Kedah khususnya JAM kawasan Pendang dan Zon Utara.

Dalam perkembangan yang sama, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian ribut itu berlaku selepas hujan lebat hampir dua jam pada petang 19 Mac 2022.

“Akibat daripada kejadian ribut tersebut sebanyak 51 buah rumah rosak teruk daripada Felda Sungai Tiang dan Kampung Titi Akar dan APM Daerah Pendang juga telah menerima sebanyak 8 kes pokok tumbang,” ujarnya.