Home Berita PAS Kedah

Ziarah mangsa ribut di Kampung Belanga Pecah

263
SHARE

Oleh SHAKIRAH AZIZAN

LANGKAWI – PAS Kawasan Langkawi turun padang menziarahi mangsa ribut di Kampung Belanga Pecah, Mukim Kuah, baru-baru ini.

Seorang mangsa ribut, Muhamad Effendee, 40, menceritakan detik-detik cemas apabila mula kejadian yang berlaku pada waktu petang, selepas asar.

“Terangkat habis bumbung-bumbung, terbang. sat ja berlaku,” katanya.

Nasib yang menimpa mangsa mendapat perhatian Setiausaha PAS Kawasan Langkawi, Zulkefli Muhamad.

“Ribut ini ujian daripada Allah Ta`ala, kita sebagai hamba perlu bersabar menempuhi ujian dan pasti ada hikmah di sebalik ujian tersebut,” ujarnya.

PAS Kawasan Langkawi telah menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa kejadian.

Turut hadir Penolong Setiausaha PAS Kawasan Langkawi, Hidhir Zainal, Ketua Pemuda PAS Parlimen Langkawi, Akashah Azinan, Naib Ketua Pemuda PAS Parlimen Langkawi, Syukor Zaini,  Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Parlimen Langkawi, Nasiruddin Natzeri, Ketua JKKK Kisap, Abdul Halim Hashim, dan semasa ziarah bertembung dengan wakil daripada Pejabat Zakat Daerah Langkawi.