Home Berita PAS Johor

Ziarah Mahabbah Hari Guru PAS Tebrau ke PASTI, SRITI dan TASTI Al-Irfan Tebrau

217
SHARE

Ziarah Mahabbah Hari Guru PAS Tebrau ke SRITI, PASTI dan TASTI Al-Irfan Tebrau

Oleh: Hafsah Abd Rahman

Tebrau, 16 Mei – Lajnah Pendidikan semua entiti PAS Kawasan Tebrau telah menganjurkan Ziarah Mahabbah sempena Hari Guru ke semua premis pendidikan milik PAS Tebrau hari ini.

Menurut Pengarah Program Ustazah Norhayati Jamaludin yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan ‘Ulamak PAS Kawasan Tebrau, program tersebut merupakan kerjasama Lajnah Pendidikan PAS Kawasan, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, serta Majlis Guru PASTI Tebrau.

Siri ziarah tersebut dibahagi kepada 3 Zon, dan disempurnakan penyampaian hadiah kepada guru-guru oleh pimpinan PAS Tebrau iaitu Yang Dipertua Ustaz Khirul Muntanazar Ismail, Timbalan Yang Dipertua Ustaz Abdullah Husin, Naib Yang Dipertua Ustaz Muhammad Faiz Khalid serta Ketua Dewan ‘Ulamak Ustaz Kamal Ariff Mohd Bakri.

Sebanyak 14 premis PASTI, 2 premis SRITI dan 1 premis TASTI telah diziarahi melibatkan 93 guru telah disantuni bermula pagi tadi.

Program yang bermatlamat menyantuni guru tersebut juga turut diisi dengan mutiara taujihat pimpinan yang disampaikan secara santai oleh asatizah yang terlibat.

Turut hadir beberapa orang AJK PAS Kawasan Tebrau, AJK Dewan Muslimat, Dewan Pemuda serta Dewan ‘Ulamak PAS Kawasan Tebrau.