Home Berita PAS Johor

Ustazah Nuridah ziarah keluarga guru Pasti meninggal

138
SHARE

Ustazah Nuridah ziarah keluarga guru Pasti yang meninggal dunia

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 1 Sept : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Ustazah Nuridah Md Salleh menziarahi keluarga guru Pasti yang meninggal dunia 30 Ogos lalu di sini, hari ini.

Beliau yang sedang dalam lawatan memantau gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Simpang Jeram menyempatkan diri turun menyantuni keluarga Allahyarhamah Cikgu Rosmawati Hussin. Berpeluang bertemu dengan ibu allahyarhamah di rumahnya di Parit Lintang.

Cikgu Rosmawati, 44 yang telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai guru PASTI telah kembali ke alam baqa di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada jam 12.20 pagi.

Menurut ibunya, Jemaah Warsan, anaknya itu tiba-tiba rasa lemah selepas selesai makan malam bersama keluarga di Melaka. Suaminya, Noor Azman Naim terus berkejar membawanya ke hospital yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri.

Dalam kesibukan menjelajah ke Unit Daerah Mengundi (UDM) sebanyak 11 unit, beliau juga dapat bertemu petugas-petugas khususnya muslimat bagi mengetahui perkembangan perjalanan gerak kerja mereka.

Beliau telah diberi taklimat oleh Ketua-ketua Penyelaras di setiap UDM dan mengambil cakna beberapa perkara dan permasalahan yang dihadapi para petugas.

Petugas-petugas dari negeri dan kawasan bantu dari seluruh negara telah ramai datang berkampung bagi membantu berkempen untuk calon Perikatan Nasional N13 Dun Simpang Jeram, Dr Mazri Yahya.

Hari turun mengundi ialah pada 9 September ini.