Home Berita PAS Johor

Ustazah Nuridah ziarah waris mangsa kemalangan maut

131
SHARE

Ustazah Nuridah ziarah waris mangsa kemalangan maut

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 4 Sept : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Md Salleh telah turun menziarahi waris mangsa kemalangan maut, di sini semalam.

Beliau bertemu dengan Adik Abdurrahman Amir Ruddin, 19 di rumah neneknya di Parit Lapis Darat, Parit Jawa.

“Semoga Rahman akan jadi lebih kuat dengan ujian ini. Menjadi insan terpilih oleh Allah menghadapi dugaan kehilangan ibu ayah dan adik-adik, ” ujarnya.

Abdurrahman telah kehilangan ibu dan ayah serta empat orang adiknya dalam kemalangan yang berlaku di jalan Segamat – Kuantan dekat Taman Yayasan pada 1 September lepas.

Sementara adik lelakinya Abdullah Hariri, 15 yang terselamat dan masih di unit rawatan rapi Hospital Segamat.

Ramai pimpinan juga yang turut datang menziarahi hari ini. Antaranya Ustaz Ahmad Fadli Saari (MP Pasir Mas), Ustaz Afnan Hamimi (MP Alor Setar) dan Adun Maharani, Abd Aziz Talib.