Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Isu air Sungai Muda

694
SHARE

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS PULAU PINANG

ISU AIR SUNGAI MUDA

PAS Pulau Pinang mengambil maklum akan makluman gangguan air yang dikeluarkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) baru-baru ini.

Berdasarkan sumber yang dipercayai, hal ini disebabkan penurunan mendadak air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang telah menjejaskan pengeluaran Loji Rawatan Air Sungai Dua.

Umum mengetahui bahawa Sungai Muda adalah sumber air mentah utama Pulau Pinang yang mana PBAPP mengambil lebih 80% darinya untuk memghasilkan air mentah terawat.

Sungai Muda yang dikawal selia sepenuhnya oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Lembaga Pengurusan Lembangan dan JPS telah mengalami kerosakan di pintu barrage dan walaupun PBAPP mengambil tindakan menyalurkan air dari Empangan Mengkuang, namun masih tidak dapat mengatasi sepenuhnya masalah air ini.

Justeru, berdasarkan isu gangguan air rentetan daripada Sungai Muda ini, PAS Pulau Pinang menyeru kerajaan negeri Pulau Pinang agar bertindak menghormati dan tidak lagi berkonfrantasi dengan negeri Kedah berkaitan dengan isu air memandangkan negeri ini bergantung dengan bekalan air dari Sungai Muda.

PAS Pulau Pinang juga melihat tuntutan Syarikat Air Darul Aman (SADA) bayaran tambahan perlu dipenuhi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi memastikan tiada lagi konflik berkaitan air demi menjaga kesejahteraan rakyat dalam pembekalan air mentah ke negeri ini.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI BIN YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang