Home Berita PAS Sabah

PAS kawasan Kinabatangan rai Hari Jururawat

109
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohamad

16 Mei 2023

KINABATANGAN: Sempena Hari Jururawat sedunia pada 12 Mei, PAS Kawasan Kinabatangan melaksanakan ziarah ke Hospital, Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta sekitar Kinabatangan.

Kunjungan ini dipimpin oleh Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kinabatangan, Tieya Pudding bersama dengan ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan.

Sebanyak 15 buah kek telah diedarkan kepada para jururawat Hospital Kinabatangan termasuklah di Wad Lelaki, Wad Perempuan dan Kanak-kanak, Wad Bersalin, Jabatan Pesakit Luar, Unit Kecemasan dan Trauma, Klinik Ibu dan Anak serta Klinik Pergigian.

Di Samping itu, Rombongan PAS Kawasan Kinabatangan juga turun menziarahi ke Klinik Kesihatan Bukit Garam dan Sukau serta Klinik Swasta seperti Klinik Mabello, Klinik Butiza, Klinik Layong dan Klinik Gigi.

Pemberian kek ini merupakan tanda ingatan PAS Kawasan Kinabatangan untuk menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh para jururawat.