Home Berita PAS Kedah

Ziarah Mahabbah dan santuni 12 warga Dun Kuala Nerang

76
SHARE

 

 

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Seramai 12 orang warga emas yang uzur dan sakit di ziarahi dan di santuni sekitar Dun Kuala Nerang dalam program Ziarah Mahabbah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang YB.Hj.Munir@ Muhammad Yusoff Zakaria bersama HALWA Dun turun menyantuni penduduk tersebut di Kampung Mani, Sungai Kecik dan Tandop Besar.

“Setiap muslim yang terkena penyakit atau yang lainnya, pasti akan dihapuskan kesalahannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya.” (HR. Bukhari).

“Semoga mereka semua diberikan kesabaran, ketabahan, kekuatan dan kesembuhan daripada kesakitan yang dialami sekian lamanya”ujar YB.

YB dan isteri menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk kampung yang di ziarahi.

Turut sama ziarah isteri YB Puan Hajjah Zainun Ismaon, pegawai khas ADUN dan Jawatankuasa HALWA DUN Kuala Nerang.