Home PAS Pusat

Minda KEP : Banjir sedang berlaku, bila nak mula projek tebatan?

247
SHARE

1. Ketika rencana ini ditulis sedang berlaku banjir yang teruk di beberapa negeri dengan Johor setakat ini paling teruk terjejas.

2. Kerajaan PH-BN selepas berkuasa telah membatalkan rancangan projek tebatan banjir yang dirangka oleh Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) sebelum berlangsung Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

3. Perancangan projek tebatan banjir yang telah dibuat itu dibatalkan oleh Kerajaan PH-BN kononnya kerana mahu ketelusan dengan tender terbuka.

4. Perkara ini berlaku kerana sikap populis yang kononnya mahu menunjukkan bahawa mereka paling telus dalam pentadbiran.

5. Sikap untuk memastikan setiap wang rakyat dibelanjakan dengan penuh integriti adalah sikap yang sangat dituntut.

6. Namun sikap terlalu paranoid dengan isu ini sehingga menyebabkan keselamatan rakyat dijadikan taruhan adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

7. Tidak wajar untuk pukul rata bahawa Kaedah Runding Terus yang memang dibenarkan dalam peraturan kerajaan sebagai sesuatu yang buruk dan menyeleweng.

8. Kaedah Runding Terus diwujudkan bagi mengatasi isu-isu kecemasan yang perlu disegerakan berbanding dengan kaedah biasa yang memakan masa.

9. Segerakan projek tebatan banjir untuk mengelakan lebih ramai lagi rakyat yang tidak berdosa menjadi korban banjir.

10. Tak perlu berlumba kononnya menjadi juara ketelusan di saat rakyat sedang berhadapan dengan ancaman maut akibat banjir.

IBNU JANIE
Ketua Editor Pusat
Portal Berita PAS
1 Mac 2023