Home Berita PAS Kedah

Belangsungkawa buat Almarhum Ust Mohd Yusoff bin Hj Ismail bin Hj Abdullah Suboh

97
SHARE

 

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

SUNGAI PETANI – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah amat terasa kehilangan seorang Tokoh Anak Muda di Negeri Kedah.

Manakala sewaktu hidup, arwah Almarhum Ustaz Mohd Yusuff bin Hj Ismail merupakan Setiausaha Jabatan AMAL PAS Sungai Petani, Ahli ARC dan Khidmat Malaysia Kawasan Sungai Petani, Kedah dalam tempoh yang agak lama.

Al-Marhum yang berkerja dan menyambung warisan sekolah peninggalan keluarganya sebagai Penolong Kanan Sekolah Rendah Akademi Islam Hj-Abdullah Suboh.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak yang berusia empat hingga 12 tahun.

Suasana di rumah beliau dan di Masjid Kota Raja Kota Kuala Muda ramai yang hadir menziarahi buat kali terakhir.

Antara tokoh-tokoh yang hadir menziarahi dan menunaikan solat jenazah untuk Almarhum ialah Yang Berhormat ADUN Pantai Merdeka,Ustaz Fadli Hashim,Ustaz Wadi Anuar, Mohd Saifuddin Hassan, Kepimpinan PAS Kawasan Sg Petani, Kepimpinan Jabatan AMAL negeri Kedah, kepimpinan ARC dan juga rakan-rakan beliau daripada Kelab motorCross.

Dikesempatan ini juga Lajnah Lebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah melancarkan Tabung Sumbangan Anak Yatim kepada Anak-anak Almarhum yang masih kecil dan masih bersekolah sebagai tanda kita kasih sayang dan berukhwah dengan almarhum.

Sumbangan boleh disalurkan Ke Akaun : Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri (0201 1010 A0093 00) dengan Reference : SumbanganAnak2YatimAlmarhumUstazYusuf dan boleh dimaklumkan kepada Saudara Mohd Nakhaie di talian – 0134150845.