Home Berita PAS Johor

Ziarah Kebajikan PAS Kawasan Tebrau

92
SHARE

4 Disember, Tebrau –¬†Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tebrau dan Dewan Muslimat (DMPKT) bersama Kelab Kebajikan Anak Tebrau (KKAT) telah menziarahi Rohaya Banjir, isteri Ketua PAS Cawangan Kampung Pasir Putih tengahari tadi.

Ziarah yang diketuai oleh Ketua Lajnah Kebajikan DMPKT Nor Fazielah Yaakub dan beberapa jawatankuasanya menyerahkan sedikit bantuan kewangan dan barangan keperluan dapur daripada Sinar Dhuha Tebrau Mart.

Rohaya yang mengalami masalah komplikasi jantung telah ditahan di hospital selama 7 hari akibat sesak nafas dan menjadi suspek COVID-19.

Sementara, suami beliau Sazli Raping merupakan peniaga kedai runcit menyuarakan pendapatan keluarganya sangat terjejas apabila kedai runcitnya terpaksa ditutup semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kini, Rohaya memerlukan rawatan susulan di Kedah pada 20 Disember ini dengan anggaran kos sebanyak RM8 K.

Orang ramai yang prihatin dijemput menyumbang melalui akaun Bank Islam (01087010068909) atas nama Kelab Kebajikan Anak Tebrau dengan rujukan: Rohaya.