Oleh : Najua
ALOR GAJAH : Dewan Muslimat PAS Alor Gajah menganjurkan ziarah kebajikan muslimat Alor Gajah baru-baru ini.
Menurut Ketua Muslimat PAS Alor Gajah, Puan Rosela Alwi, program ini bertujuan menyantuni masyarakat sekitar Alor Gajah iaitu sekitar Kampung Pegoh dan Kampung Jelatang.
Selain itu, rombongan ziarah turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.
Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka yang diketuai Hajah Anida Haji Haron turut menyertai program ziarah kebajikan yang diadakan.