Home Artikel PAS Sabah

Ketua Pemuda PAS Sabah serah bantuan mangsa kebakaran.

273
SHARE

Oleh : Yusmedzar Baco
27 Januari 2020

LAHAD DATU : Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmiee bersama Jabatan Amal Malaysia Kawasan Lahad Datu telah menyerahkan sumbangan kepada 8 keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran Kampung Sapagaya di pusat penempatan sementara, Dewan Belia dan Sukan Lahad Datu hari ini.

Sumbangan ini diberikan rentetan daripada insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Sapagaya dan Kampung Silam pada 23 Januari lalu.

Sewaktu pemberian sumbangan, Zulzaim sempat mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi memberi sumbangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa kebakaran itu.

Turut hadir sama dalam agihan itu, Nizam Latuah, Ketua Jabatan AMAL Malaysia Kawasan Silam bagi mengiringi Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah untuk menyerahkan sumbangan tersebut.

Turut dimaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir mangsa kebakaran berada pusat penempatan sementara, Dewan Belia dan Sukan Lahad Datu.

Pada sebelah petang pula, program diteruskan lagi dengan menyerahkan sumbangan kepada 6 buah keluarga mangsa kebakaran Kampung Silam di Dewan Kampung Silam Lama.