Home Berita PAS Kelantan

Ziarah Kasih Ramadhan DUN Limbongan

108
SHARE
WAKAF BUNUT, 3 Mei: YB Ustaz Mohd Nazlan, ADUN Limbongan bersama isteri, Ustazah Noraini serta AJK Skuad Kito Cakno dan Penghulu Mukim Wakaf Bunut, Pok Soh menyantuni beberapa orang Warga Emas yang keuzuran dan Asnaf di sini sebentar tadi.
YB Ustaz Mohd Nazlan menyampaikan Kit Kasih Ramadhan dan Belanja Dapur kepada Asnaf dan Warga Emas yang diziarahi. YB Ustaz Mohd Nazlan akan membantu mereka yang memerlukan sehingga yang termampu.
Mereka semua mengucapkan terima kasih kepada YB Ustaz Mohd Nazlan dan kerajaan Negeri Kelantan atas keprihatinan terhadap keadaaan mereka.