Home Berita PAS Melaka

Murid PASTI Al-Jali parah dalam kemalangan akibat pokok tumbang

2198
SHARE

Oleh ZUL SHAM MAHAT

MASJID TANAH, 3 Mei: Satu kejadian pokok tumbang ketika hujan lebat petang semalam telah mengakibatkan kemalangan jalan raya membabitkan seorang pelajar tadika PASTI Al Jali Sungai Tuang.

Adik Muhammad Aqif Asyraf Muhamad Rasidi, 6, bersama keluarganya yang menaiki sebuah kereta telah dihempap pokok tumbang di jalan Sungai Udang – Hutan Simpan – Solok Duku.

Adik Aqif Asyraf mengalami kecederaan, patah tangan dan pendarahan di kepala dan pada masa berita ini ditulis beliau berada di Hospital Besar Seremban untuk rawatan lanjut.

Menurut ayah mangsa, Rasidi Abu Bakar 43, yang dihubungi memberitahu ketika kejadian beliau sekeluarga baru balik membeli juadah daripada Bazar Ramadan di Sungai Udang.

“Saya tak dapat buat apa-apa. Kebetulan ketika saya lalu situ tiba-tiba pokok tu tumbang dan terus hempap kereta. Dan bahagian depan sebelah kiri yang teruk kena anak saya Asyraf,” ujar beliau.

Sementara itu warga PASTI Al Jali telah melakukan solat hajat dan bacaan surah Yasin pagi tadi khas untuk mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan adik Aqif Asyraf yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Sham.

Sumbangan untuk adik Aqif Asyraf telah dibuka dan sesiapa yang hendak buat sumbangan boleh buat dalam akaun ayahnya seperti berikut

Muhamad Rasidi Abu Bakar
• No H/P : 017-2352056
• No akaun : 154101108107 (Maybank)

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .