PERMATANG SUNGKAI, 30 Apr: YB Ustaz Mohd Nazlan, ADUN Limbongan bersama isteri, Ustazah Noraini serta AJK Skuad Kito Cakno menyantuni beberapa orang Warga Emas yang keuzuran dan Asnaf di sini sekejap tadi.
YB Ustaz Mohd Nazlan menyampaikan sedikit bantuan dan pek ramadhan kepada meraka. Di antara mereka semua adalah Asnaf dan Warga Emas yang keuzuran. Mempunyai tanggungan yang ramai. YB Ustaz Mohd Nazlan akan membantu setakat yang termampu.
Mereka semua mengucapkan terima kasih kepada YB Ustaz Mohd Nazlan dan kerajaan Negeri Kelantan atas keprihatinan kepada kami semua”.