Home Berita PAS Kedah

Ziarah Kasih penduduk Kampung Gunung Bongsu

90
SHARE

KULIM – Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu bersama PAS Cawangan Gunung Bongsu menyantuni penduduk di Kampung Gunung Bongsu, semalam.

Ziarah kasih ini adalah antara aktiviti rutin Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kulim Bandar Baharu yang dilakukan untuk menyantuni penduduk dengan lebih dekat di sekitar Kulim Bandar Baharu.

Selain itu, kunjungan tersebut adalah untuk bertanya khabar mengenai kesihatan ahli keluarga yang menghadapi musibah selain memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Dengan adanya aktiviti ziarah ini, ianya dapat mengeratkan hubungan sesama komuniti setempat serta dapat meringankan beban bagi yang memerlukan.