Home Berita PAS Sabah

Perasmian serentak Mesyuarat Agung Cawangan-Cawangan PAS Kawasan Tawau

646
SHARE

Oleh : SITI NADIAH ABD MUTALIB

TAWAU, 22 Jun 2022: PAS Kawasan Tawau telah mengadakan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Cawangan-Cawangan di seluruh kawasan bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Fateh Taman Ria , semalam.

Majlis perasmian kali ini sedikit berbeza kerana hadirin dapat mendengar ucapan dan perasmian oleh Ustaz Ahmad Bin Yahya, Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat.

Ustaz Ahmad Bin Yahya mengingatkan semua hadirin bahawa Allah taala sukakan umat islam berada dalam satu jaamah yang kukuh sebagaimana ayat 4 surah As-Saff:
{ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلَّذِینَ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِهِۦ صَفࣰّا كَأَنَّهُم بُنۡیَـٰنࣱ مَّرۡصُوصࣱ }
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.

Menurut beliau, mesyuarat adalah medan bagi ahli untuk merapatkan ukhuwwah, menyatukan fikrah, mengatur siasah dan aktifkan parti dengan kemasyarakatan melalui aktiviti kebajikan.

“Tak cukup dengan adanya organisasi, tak cukup dengan adanya ahli tetapi kita perlu hidupkan tarbiah. Ini lah yang membezakan Pas dengan parti lain. *Tanpa tarbiah kita pasti rebah*”

“Pas bukan sekadar satu organisasi tetapi pas juga mendidik ahli, mengasah ahli dengan tarbiah.” Ujarnya.

Tambah beliau lagi, “dalam ilmu Allah, kita hanya berusaha, belum tentu apa yang kita ada hari ini akan kekal selamanya. Jamah perlu diperkukuhkan dengan membina kekuatan muafakat iaitu ahli Pas tidak boleh berpecah dan ahli pas perlu membina kekuatan jamaah”

“Kejayaan pas dapat dilihat pada penerimaan masyarakat dari segi pendidikan iaitu dengan penerimaan PASTI, SMITI dan SRITI. Semoga pas dapat diterima dari segi politik.”

Di akhir ucapan beliau, Ustaz Ahmad Bin Yahya turut mengucapkan tahniah kepada semua ahli Pas Kawasan Tawau dan cawangan atas komitmen yang diberi.

Manakala YDP PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain menyeru ahli agar terus istiqamah dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan PN menang dalam PRU ke 15 nanti.

Turut hadir  Ahli Jawatankuasa Harian, Ketua-Ketua Cawangan, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau.