Home Berita PAS Kedah

45 asnaf terpilih terima sumbangan bantuan Beras Sejahtera

92
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – Seramai 45 orang asnaf dari tiga UDM terpilih menerima sumbangan bantuan Beras Sejahtera daripada Kerajaan Negeri melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang.

Yang Dipertua PAS Padang Terap merangkap Ahli Majlis Daerah Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz turun bersama ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir @ Mohammad Yusof Zakaria bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Majlis penyerahan bantuan Beras Sejahtera ini diadakan di Markaz Kuala Janing mukim belimbing kiri.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Daerah Padang Terap, Syed Putra Syed Embon berkesempatan memberi penerangan berkaitan penyakit kanak-kanak HFMD yang berlaku dan berkaitan pengundi umur 18 tahun.

Turut hadir JPKK UDM Belimbing, fisol Hj Din, UDM Bukit Nyamok JPKK, Roszali Hj Abdul Rahman, UDM Tolak JPKK, Ayop Mat Samad, Ahli Jawatankuasa PKWR dan Ahli Jawatankuasa Halwa DUN Kuala Nerang.