Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Kawasan Alor Gajah ziarah mangsa kemalangan jalanraya.

287
SHARE

Oleh : Najua Roslan

ALOR GAJAH, 13 Sept : Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin telah menziarahi Mohd Rani Yasir yang mengalami kemalangan jalanraya pada bulan lepas akibat dilanggar kereta ketika pulang dari Masjid Durian Tunggal.

Beliau melakukan ziarah ini seusai program usrah anjuran bersama Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Alor Gajah dan PAS Cawangan Gangsa di sini kelmarin.

Di dalam ziarah itu beliau turut menyerahkan sedikit sumbangan sebagai meringankan beban yang ditanggung mangsa kemalangan.

Turut serta ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya DUN (JPrD) PAS Dun Durian Tungggal, Azman Ahmat dan Ketua PAS Cawangan Gangsa, Ustaz Ridhuan Ghani bersama-sama dengan beberapa orang lagi ahli PAS sekitar Dun Durian Tunggal.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)