Home Artikel PAS Kedah

Ucapan tahniah atas Anugerah Dewan Pemuda PAS Negeri Terbaik

520
SHARE

Jabatan PASTI Negeri Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana sudi menobatkan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah sebagai Dewan Pemuda PAS Negeri terbaik di Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-61.

Kejayaan ini merupakan hasil kerja berpasukan organisasi yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin bin Hamid memimpin dewan dengan jayanya serta melaksanakan pelbagai inovasi pengurusan dan anjakan pemikiran.

Antara penerapan kepimpinan beliau yang begitu ketara adalah penataran (upgrading) atau pemerkasaan institusi pendidikan di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah memandangkan beliau juga merupakan golongan pendidik dan juga pernah menguruskan PASTI dan agensi pendidikan Parti diperingkat negeri.

Kejayaan ini juga dibantu kuat oleh Timbalan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan saf kepimpinan pemuda diperingkat Exco negeri mahupun kawasan hinggalah ke cawangan yang memberi kerjasama erat kepada pelbagai penjajaran semula pengurusan yang baik yang menghasilkan kejayaan pengurusan di negeri Kedah.

Semoga kejayaan ini menjadi motivasi untuk terus bekerja bagi memastikan agenda pendidikan khususnya pendidikan pra sekolah melalui PASTI terus mendapat pilihan dalam kalangan masyarakat di negeri Kedah Darul Aman.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Yang Benar,

Muhd. Aminur Shafiq Bin Mohd. Abduh
Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Kedah
13 September 2020