Home Berita PAS Melaka

Pesuruhjaya PAS Melaka ucap selamat datang perwakilan Melaka-Negeri Sembilan

1102
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 13 Sept : Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek mengalu-alukan kehadiran perwakilan dari Negeri Melaka dan Negeri Sembilan ke Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-66 bagi Melaka dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Hotel Sentral Melaka, di sini bermula pagi ini.

Beliau yang juga Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka itu menyatakan demikian dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam.

“Alhamdulillah, Muktamar PAS Pusat kali ke-66 ini akan diadakan melalui ‘online’ dan Negeri Melaka menjadi tuan rumah untuk dua Negeri, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Mudah-mudahan muktamar kali ini berjalan dengan baik hendaknya”. ujar beliau di dalam hantaran Facebooknya itu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)