Home Artikel PAS Melaka

YDP PAS Hang Tuah Jaya tegaskan perkukuh MN dan PN

407
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

HANG TUAH JAYA, 9 Ogos : Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Ramli Dalip menegaskan untuk terus memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Demikian dinyatakan Ramli di dalam ucapan penangguhannya sempena Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Hang Tuah Jaya yang berlangsung di Dewan Raja Haji, Bukit Baru, di sini hari ini.

Menurut Ramli, dengan kehadiran wakil UMNO dan BERSATU ke MAT PAS Kawasan Hang Tuah Jaya hari ini menunjukkan kesepakatan antara ketiga-tiga parti ini untuk terus perkukuhkan MN dan PN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 yang mungkin akan berlaku bila-bila masa sahaja.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)