Home Artikel PAS Perlis

PAS Kangar Selesai Mesyuarat Agung

416
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Meskipun berlangsung dalam suasana serba ringkas, Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kangar Kali ke-45 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hari ini.

Seramai 80 orang hadir dalam program yang diadakan di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) dekat sini pagi tadi.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, perjalanan mesyuarat agung kali ini hanya mengambil masa selama tiga jam manakala pelaksanaannya dibuat mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Perasmian mesyuarat agung telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar Wan Hassan Ismail.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan para hadirin supaya bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Turut disentuh adalah usaha mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang perlu dilaksanakan di semua peringkat serta kepentingan pelaksanaan program-program tarbiyah pada setiap masa.