Home Artikel PAS Johor

Dakwah dan Tarbiah teras Perjuangan PAS – Ustaz Abdullah Husin

510
SHARE

Oleh: Yuhanita Yunan

Tenggara: Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin menekankan agenda perjuangan PAS yang tidak pernah berubah, iaitu Dakwah dan Tarbiah. Beliau turut menyebut keduanya sebagai kekuatan PAS dalam menghadapi apa jua masalah dan mehnah.

“PAS akan tetap meneruskan penerapan budaya politik matang dan sejahtera dalam apa jua keputusan yang diambil.” Ucap Ustaz Abdullah di dalam perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 PAS Kawasan Tenggara di Dewan Raya Felda Bukit Besar, semalam.

Mesyuarat Agung ini juga turut diserikan dengan kehadiran YB Rashidah Ismail ADUN Pasir Raja N35 serta sahabat-sahabat pimpinan UMNO kawasan Tenggara dan cawangan Bukit Besar.

Sementara itu YB Rashidah Ismail di dalam ucapannya menyatakan UMNO dalam memperkukuhkan Muafakat Nasional sedaya mungkin mengamalkan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

“Muafakat Nasional ini bukan sahaja berlandaskan kuasa politik tetapi ianya adalah ikatan silaturahim antara saudara sesama Islam yang memang dituntut.” Tambah beliau.