oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN
Naka: Kepelbagaian masyarakat penduduk miskin di Dun Pedu mendapat keprihatinan Yang Berhormat Mohd Radzi Md Amin.
Selain penduduk Melayu, penduduk Siam di sini juga YB menjaga kebajikan mereka.
Pagi semalam Isnin 23 Ogos 2021, YB yang penyayang dan mesra rakyat ini salur sumbangan bakul makanan sebanyak dua puluh tiga buah rumah penduduk siam di Kampung Lubuk Rambai dan Kampung Padang (Mukim Tekai Kiri).
YB berkongsi kepada Media PKWR Dun Pedu,
” Moga bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban mereka.
Pesan Paksu juga agar kita hendaklah hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.
Selain itu jagalah diri dan keluarga ketika pendemik Covid-19 ini.”
Pegawai Khas Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu Mohammad Talib dan petugas kebajikan turut bersama-sama YB.
#impianpedu
#ybtuanhajimohdradzimdamin
#pusatkhdimatwakilrakyatdunpedu
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua