Home Berita PAS Kedah

YB Pas berintegriti dan mesra rakyat

64
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA : Pada Ahad yang lalu 22 Ogos 2021 Yang Berhormat Mohd Radzi Md Amin telah ziarah kematian di Tandop Besar pada sebelah pagi.

Rutin harian bekerja beliau akan turun ziarah atau melawat penduduk Dun Pedu tanpa mengira agama dan fahaman politik.

Selepas urusan di Dun pedu selesai pada hari yang sama setelah Zuhur , YB dan pegawainya ke Yan pula bagi misi bencana hari keempat.

Pada kali ini YB berkesempatan membersihkan kawasan luar perumahan pula.

Jentera berat seperti backhoe dibawa olehnya semasa aktiviti pembersihan. Pengalaman kerja beliau dalam bidang pembinaan sebelum ini membuatkan dirinya mahir menggunakan jentera itu.


” Alhamdulillah hari ini berkesempatan turun lagi ke Yan membantu mangsa kejadian banjir.

Pesan saya kali ini ialah doakan kepada sukarelawan agar mereka sihat dan terus bakti kepada masyarakat.” Kata YB kepada Media PKWR Dun Pedu apabila ditanyakan mengenai komen beliau mengenai sukarelawan yang datang dari pelbagai pihak ke Yan.

#impianpedu
#pusatkhdimatwakilrakyatdunpedu
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#skuadbencanapaskedah
#MenangBersama
#MalaysiaPrihatin