Home Artikel PAS Melaka

YB Mas Ermieyati sumbang lembu korban untuk ijtima’ korban PAS Kawasan Masjid Tanah

2733
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 2 Ogos : Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin telah menyumbangkan dua ekor lembu untuk program Ijtima’ Korban PAS Kawasan Masjid Tanah yang berlangsung di rumah Ketua Cawangan PAS Kampung Pulau, Rohizan Abd Rahman, di sini pagi tadi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi turut hadir bersama-sama melihat upacara penyembelihan lembu-lembu korban tersebut.

Sementara itu Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah itu.

“Ini adalah bukti kerjasama erat antara parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Muafakat Nasional (MN) dalam menjalankan aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat.” Ujar beliau.

Semua lembu korban yang telah disembelih dan dilapah telah diagih-agihkan kepada penduduk berhampiran di kawasan Parlimen Masjid Tanah.

Selain dari petugas-petugas PAS, turut sama membantu dalam proses penyembelihan, melapah dan mengedarkan daging korban ini ialah pimpinan dan ahli Umno dan Bersatu tempatan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)