Home Artikel PAS Melaka

YB Latifah Omar hadir program korban JPrD PAS Taboh Naning

747
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 2 Ogos : Adun Taboh Naning, YB Datuk Latifah Omar telah menghadiri program ijtima korban anjuran Jawatankuasa Pilihanraya DUN (JPrD) PAS Taboh Naning yang dijalankan di Surau Murabitin, Lubok Kepong di sini semalam.

Program korban ini melibatkan sembilan ekor lembu korban dengan proses penyembelihan, melapah dan edaran dilakukan oleh ahli-ahli PAS, Umno dan penduduk tempatan.

Program selesai pada jam tiga petang dan semua daging korban diedarkan kepada rumah-rumah penduduk setempat.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)