Home Artikel PAS Selangor

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor | Dato Dr Ahmad Yunus Hairi – Pesuruhjaya PAS Rai Pemuda Kuala Langat Mengimarah Ibadah Korban

178
SHARE

Kuala Langat, Selangor | 2 Ogos 2020

Dewan Pemuda PAS Kuala Langat merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih pada PAS Dun Morib kerana telah menjayakan Program Qurban Perdana PAS Dun Morib.

Program yang berjalan di bawah Pengarah Tuan Hj Mohamad Hamdan Bin Sapar selaku Naib Yang Di Pertua PAS Kuala Langat bersama 40 petugas lain telah berjaya menyempurnakan 7 ekor lembu dengan agihan sebanyak 500 asnaf di sekitar Dun Morib.

Pantauan rapi dan kecaknaan petugas dalam mengamalkan SOP tidak menjadi penghalang bagi menjayakan program ibadah qurban ini. Tambahan pula ia disempurnakan dengan pemeriksaan pemakaian patuh SOP dalam kawad petugas sebelum kerja-kerja melapah, mengagih, membungkus dilaksanakan.

Program ibadah qurban dimulakan seawal 6.30 pagi dan berakhir 11.00 pagi. Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi , Ketua Pemuda PAS Kuala Langat AF Ustaz Hanif Jamaluddin dan Shahril Hamdan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat.

Sekali lagi DPPKL mengucapkan tahniah atas kerjasama pemuda dan veteran yang pakar dalam bidang masing-masing. Turut terlibat seramai 10 orang muslimah di belakang tabir sebagai tukang masak Sup Tulang Power bagi menjamu para petugas qurban.

Moga penama dan para peserta yang menyertai ibadah qurban diterima Allah s.w.t dan menjadi haiwan tunggangan di syurga kelak In Shaa Allah.

PASSelangor

BersamaMembawaSejahtera

IslamMemimpinPerpaduan

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor | Dato Dr Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya PAS Rai Pemuda Kuala Langat Mengimarah…

Posted by PAS Selangor on Sunday, August 2, 2020