Home Artikel PAS Melaka

PAS Pengkalan Balak teruskan aktiviti tahunan ijtima’ korban

164
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 2 Ogos : PAS Cawangan Pengkalan Balak telah mengadakan ijtima’ korban yang merupakan aktiviti tahunan cawangan ini dan dijalankan di surau Baiturrahman, Pengkalan Balak, di sini semalam.

Menurut Ketua Cawangan PAS Pengkalan Balak, Ustaz Imran Abdul Rahman, ijtima’ korban ini pada kali ini melibatkan tiga ekor lembu korban yang penyembelihannya disempurnakan oleh Ustaz Helmi Salleh dan Ustaz Rosli Sairan.

“Program bermula dengan sarapan pagi pada jam 7.30 pagi, diikuti dengan proses penyembelihan dan aktiviti melapah daging beramai-ramai oleh peserta korban, AJK PAS cawangan dan penduduk sekitar.

“Daging korban mula diagihkan oleh para petugas sekitar jam 10.30 pagi dan selesai jam 12.00 tengah hari dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan aktiviti korban.” ujar beliau.

Ustaz Imran yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah menambah lagi, program ini turut disertai oleh Pengerusi MPKK Pengkalan Balak, Sani Shukor bersama-sama dengan ahli-ahli Umno tempatan.

Program ini mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti pemeriksaan suhu, pemakaian pelitup muka, penggunaan ‘handsanitizer’ dan penjarakan fizikal satu meter.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)