Home Berita PAS Kelantan

YB Dr Izani melawat Pusat Vaksin di Ketereh

344
SHARE
KETREH, 30 Mei: Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr Izani Husin berkelapangan melawat Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Dewan Majlis Daerah Ketereh, pagi ini. Dijangka seramai 400 orang akan diberikan suntikan vaksin di sini, hari ini.
Belaiu mengucapkan terima kasih kepada anak-anak yang mengiringi ibu bapa mereka untuk mendapat suntikan vaksin ini. Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada petugas-petugas kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam, Rela dan sukarelawan yang setiap hari bekerja melancarkan proses vaksinasi di negeri Kelantan.
Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana dapat dilihat, kesedaran untuk menerima vaksin di kalangan rakyat Kelantan semakin meningkat. Masyarakat perlu diberi kesedaran tentang apabila kita memperoleh suntikan vaksin sebenarnya kita tidak hanya melindungi diri sendiri tetapi juga ahli keluarga dan komuniti sekeliling, ujarnya lagi.
Beliau menambah, konsep ini dikenali sebagai imuniti komuniti atau imuniti kelompok. Imuniti kelompok ini perlu dicapai sehingga 80 % supaya diri kita dan komuniti kita akan kekal sihat dan bebas daripada COVID-19.