Home Berita PAS Kelantan

Santuni penduduk Kepulauan Tumpat yang terjejas akibat Perintah PKPD, siri I.

97
SHARE
TUMPAT, 28 Mei: YB Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II meluangkan masa menyantuni 320 buah keluarga yang terjejas akibat sekatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Mukim Teluk Renjuna.
YB Dato’ selaku Ahli Parlimen Tumpat, menyumbang bekalan makanan basah berupa ayam segar, telur dan barangan dapur untuk 320 buah keluarga pada hari ini bagi penduduk Pulau Teluk Renjuna dan Pulau Pantai Suri.
Agihan dilakukan mengikut SOP ketat yang telah ditetapkan oleh pihak Polis dan KKM memandangkan kes yang mencecah 252 positif covid19 daripada 1445 saringan yang dilakukan.
Siri II pada hari esok untuk Mukim Pulau Seratus.
Pihak MKN diwakili JKM turut menghantar Bakul Makanan Permai berjumlah 466 set untuk keseluruhan keluarga di Kepulauan Tumpat yang disahkan oleh KKM terlibat dengan kuarantin PKPD.