Home Berita PAS Johor

YB Adun Maharani meraikan sambutan hari raya PASTI Johor

181
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

JOHOR BAHRU, 14 Mei 2022 : YB Adun Maharani, Abd Aziz Talib merasmikan majlis sambutan Hari Raya dan Hari Guru Jabatan Pasti Negeri Johor di sini, hari ini.

Majlis sambutan yang melibatkan semua guru PASTI seluruh negeri Johor telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Bandar Baru UDA, Johor Bahru.

“Saya yakin dan percaya PASTI mampu menyediakan proses pendidikan awal yang berorientasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.

“PASTI juga mampu mendidik jiwa dan akal anak didiknya, membimbing supaya menghayati ibadah, berakhlak serta cenderung melakukan ma’ruf meninggalkan yang mungkar, ” jelas Abd Aziz.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor melahirkan harapan besarnya sebagai bekas guru agar guru-guru PASTI selalu mengaitkan apa jua perbuatan dengan Allah. Sentiasa ditulis oleh malaikat dan dibalas oleh Allah.

Turut hadir ialah Ustaz Mohamad Azlan Alias, Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor, Mohd Fairuz Alias, Ketua Sektor Pendidikan DPPNJ merangkap Ketua Jabatan PASTI Johor, Ketua Muslimat Johor, Zakiah Tukirin, Pengerusi Majlis Guru PASTI Johor, Latifah Omar dan Mohd Ariff Jamaludin, Pengarah Program Sambutan Hari Raya & Hari Guru PASTI 2022.

Sempena Hari Guru, diadakan juga penyampaian hadiah penghargaan kepada guru-guru PASTI terbaik yang berkhidmat dengan cemerlang dan istiqamah menabur bakti begitu lama sebagai guru di PASTI.