Home Artikel PAS Kedah

YB ADUN Ayer Hitam menyampaikan sumbangan pakaian raya kepada asnaf, imam dan pegawai masjid dalam DUN Ayer Hitam sempena Aidil Fitri

332
SHARE

Ayer Hitam | 19 Mei 2020 sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri beberapa hari lagi, YB ADUN Ayer Hitam telah menyampaikan sumbangan 537 helai pakaian raya kepada asnaf, imam dan pegawai masjid dalam DUN Ayer Hitam sempena Aidil Fitri.

Pakaian raya tersebut adalah 415 helai kain pelikat dan 122 helai kain telekung bagi dimanfaatkan oleh penerima pada hari raya tahun ini.

“sumbangan ini merupakan sumbangan sikit tanda ingat dari saya untuk rakyat dalam DUN Ayer Hitam, sebelum ini setiap tahun saya membawa 50 ke 100 orang asnaf ke Jakel untuk membeli baju raya kepada mereka, oleh kerana tahun ini kita berada dalam tempoh PKPB COVID-19, saya memilih cara untuk memberi kain pelikat dan dan kain telekung untuk diberi kepada lebih ramai penerima” kata YB Azhar Ibrahim.

Pakaian raya tersebut telah disampaikan oleh YB Haji Azhar sendiri di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam kepada pegawai penyelia yang telah dilantik bagi disampaikan kepada asnaf-asnaf di tempat mereka dan kepada imam dan 10 pegawai masjid di seluruh masjid dalam DUN Ayer Hitam.