Home Artikel PAS Sabah

PAS Lahad Datu rai guru SRITI dan PASTI

1094
SHARE

 

Oleh: Martina Tahil
20 MEI 2020

LAHAD DATU: PAS Lahad Datu melaksanakan misi menyantuni para amilin yang terdiri daripada guru SRITI dan PASTI di sekitar Lahad Datu pada isnin lepas.

Seramai 30 orang petugas tetap PAS dari kalangan guru dan petugas Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah menerima sumbangan berbentuk duit raya dan keperluan asas seperti beras, tepung, telur dan lain-lain.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Lahad Datu ini diketuai oleh Nizam Latuah. Tujuan program adalah untuk meraihkan dan memberi penghargaan serta apresiasi kepada semua petugas sepenuh masa PAS dari kalangan SRITI dan PASTI.

Beliau berharap agar semua amilin PAS dapat menjalankan tugas seperti biasa walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Semoga semua terus istiqamah walau apa dugaan mendatang tetaplah bersama dengan jemaah.

Banyakkan berdoa untuk negara ini agar wabak covid-19 cepat berakhir. “Kami dari Lajnah Kebajikan akan terus komited membantu ahli-ahli ataupun amilin PAS ini dari aspek kebajikan mereka, InsyaAllah” katanya.

Semoga dengan sedikit sumbangan dapat memberikan keceriaan dan keringanan dalam menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.