Home Berita PAS Kelantan

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perlis bantu mangsa banjir

259
SHARE

TUMPAT, 1 Jan: Seramai 50 keluarga menerima sumbangan bantuan banjir daripada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perlis di Kampung Chabang Empat, semalam.

Bantuan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah daripada rumah ke rumah berupa wang tunai dan beras.

Ketika ditemui beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perlis yang sudi berkunjung ke Kelantan khususnya di DUN Wakaf Bharu menyumbang bantuan kepada mangsa banjir.

“Saya bersyukur dan berterima kasih atas kepekaan dan keprihatinan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sini,” katanya.

Rombongan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perlis seramai lapan anggota itu diketuai oleh Pengerusinya, Zulmi Sabri dengan diiringi oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan, Abd Hamid Seman dan anggota.