Home Kenyataan Media PAS Kelantan

Strategi gerak kerja berintegrasi

234
SHARE

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh – As-Saf ayat 4.

Dalil di atas adalah asas kepada Urus setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) selaku media rasmi Kerajaan Kelantan merai kehadiran tahun baharu 2023.

UPKN bertekad untuk terus mara membentuk satu corak kepimpinan melalui gerak kerja berintegrasi.

Berdiri tegap sebagai tulang belakang bersayap agam dan tunjang kekuatan Kerajaan Negeri Kelantan, UPKN sedaya upaya memperkasa teknik memposisi individu dalam setiap unit bagi membentuk kumpulan yang aktif berinteraksi secara positif dengan saling memberi, membina dan melaksana idea konstruktif sesama mereka.

Pelan gerak kerja juga perlu dikemas kini dan diperkasakan khasnya dari segi fungsi hakiki dan peranan sampingan warga organisasi.

Kita berharap impak keberkesanan penyebaran informasi di media digital dan konvensional dapat dikongsikan bersama sasaran untuk mencapai matlamat pelaksanaan dasar Merakyat Membangun Bersama Islam bertonggakkan Keberkatan Kemakmuran Kebajikan.

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2023 dan bersama menuju jaya.

Ikhlas daripada;
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Pengarah UPKN